Maahad Tahfiz Al-Quran Tengku Ampuan Bariah, Kuala Terengganu
Maahad Tahfiz Al-Quran Tengku Ampuan Bariah merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran dan fardhu Ain. Ia merupakan wakaf Almarhumah Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah yang telah mangkat pada 21 Mach 2011.
RIWAYAT HIDUP TENGKU AMPUAN BARIAH
Baginda merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu antara 1979-1998. Almarhumah diputerikan pada tanggal 31 Ogos 1933, di Istana Besar Klang dengan memakai gelaran Tengku Bariah bt. Sultan Hisamuddin Shah. Almarhumah berkahwin dengan Sultan Mahmud pada 22 Mac 1952 dengan gelaran Tengku Puan Muda. Pada 20 September 1979 , almarhumah dimahkotakan sebagai Tengku Ampuan Besar. Almarhumah juga merupakan bonda saudara kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah dan adik- beradik seibu dan sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tunku Sharifah Raudhah.Almarhum kemudian dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.Seluruh rakyat berkongsi kesedihan bersama pihak kerabat diatas kemangkatan armahurmah . Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali.
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bahriya binti Sultan Alam Shah iaitu Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang Selangor. Jenazah Al-Marhumah telah dibawa ke Kuala Terengganu menggunakan Pesawat C-130H untuk persemadian. Antara yang hadir mengiringi ialah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, YAB Timb. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM, Timb. Panglima Tentera Udara Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM, dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada SPB Yang Dipertuan Agong dan Kerabat Baginda.
Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Masjid Al Muktafibillah Shah, Ladang, di sini, selepas solat Asar dengan penuh penghormatan diraja, semalam.Kemangkatan baginda, 78, di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada jam 1.22 pagi, semalam diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan. Jenazah Almarhum dibawa pulang ke sini menggunakan pesawat khas C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) pada jam 11.45 pagi.
Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan keluarga yang berlepas dari pangkalan itu dengan pesawat khas.
Antara yang turut berada di Pangkalan TUDM ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Sebaik tiba di Kuala Terengganu, jenazah Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir mulai jam 1 tengah hari hingga 2.30 petang.
Jenazah kemudian diletakkan dalam pedati khas dan ditarik dari Istana Maziah untuk perjalanan sejauh empat kilometer ke Makam Diraja Masjid Al Muktafibillah dengan diiring Tuanku Mizan, Tuanku Nur Zahirah, keluarga diraja dan ahli EXCO kerajaan negeri dan ketua jabatan dan agensi kerajaan.
Jenazah Almarhum kemudian disemadikan bersebelahan pusara suaminya, Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah di makam diraja itu sebelum Mufti Negeri, Datuk Dr Alias Abdullah membacakan talkin dan doa.
Terdahulu, Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berangkat menziarahi Almarhumah yang ditempatkan di Istana Maziah, bagi memberi peluang kerabat diraja dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir.
Tuanku Mizan yang turut diiringi Tuanku Nur Zahirah serta dua anakanda, memasuki ruang Istana Maziah jam 2.05 petang untuk penghormatan terakhir.
Turut menziarahi jenazah Almarhum ialah beberapa kerabat diraja Perak dan Kelantan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera bersama isteri Toh Puan Wan Zaharah Wan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda.
Sementara itu, Datuk Wan Ahamad Wan Muda, berkata kerajaan negeri mengarahkan bendera dikibar separuh tiang sepanjang tempoh berkabung selama 40 hari.
Katanya, sepanjang tempoh berkabung juga, semua program dan kegiatan berunsurkan hiburan dibatalkan.
Merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam di samping melahirkan para huffaz yang berketrampilan dalam semua bidang.
Misi MTTAB
Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat.
Objektif penubuhan
- Untuk menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-Quran.
- Untuk menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat.
- Untuk melahirkan ulama hafiz yang:
- Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
- Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
- Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.
Kompleks MTTAB
Kompleks MTTAB mengandungi:
- Satu blok bangunan sekolah yang mengandungi bilik darjah, pejabat, bilik pengetua, makmal dan bilik guru dan asrama.
- Sesi persekolahan rasmi bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 2:30 petang
- Sesi pengajian al-Quran dan tahfiz bermula selepas solat maghrib berjemaah sehingga 9:15 malam.
Kurikulum
Buku-buku dan sukatan pelajaran di MTTAB mengikut sukatan sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sementara mata pelajaran al-Quran dan Qiraat berdasarkan kurikulum Maahad Qiraat Al-Azhar.
Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum yang diadakan di MTTAB seperti berikut:
- Aktiviti ilmiah dan akademik
- Program riadah dan sukan
- Pasukan beruniform:
- Persatuan Taekwon-Do (ITF)
- Persatuan Briged Bakti (BBNK)
Pelajar yang diterima masuk ke MTAQ akan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan MTAQ cetakan pertama 3 Mac 2000 yang mengandungi:
- Peraturan kehadiran sekolah
- Pakaian seragam
- Potongan rambut
- Peraturan buku teks
- Tatatertib
- Peraturan peperiksaan dan ujian
- Kesalahan-kesalahan berat
- Larangan-larangan
- Lawatan dan pelawat
- Peraturan kebersihan
- Tatatertib di luar kawasan sekolah
- Hukuman dan rayuan
Kemasukan
Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon ke Soff Tamhidi (Tingkatan Satu) di MTAQ:
- Tamat tahun 6 SRK/SRJK atau setaraf dengannya
- Lelaki, tamat al-Quran dan boleh membaca dengan baik
Borang permohonan boleh didapati di MTTAB dengan mengemukakan:
- Kad Pengenalan / Surat Beranak
- Keputusan sebenar peperiksaan
Permohonan dibuka pada hari pertama keputusan UPSR diumumkan dan ditutup dua minggu selepas tarikh berikut.
Pemohon yang berjaya dalam sesi ujian akan dipilih sebagai pelajar MTTAB.
Hubungi kami
Penaung :
Penasihat : YAB Dato' Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu
Pengetua/Mudir : Ustaz Haji Mastura Mohamad
Alamat
- Maahad Tahfiz Al-Quran Tengku Ampuan BariahBatu Buruk, Kuala Terengganu
- 21400 Kuala Terengganu
- Tel (0139820021, 0169391111, 0139288881)